23 January 2015

Nasi Mandy


Ini resepi Nasi Mandy ala ala Saba  yg selalu mama buat. It is simple and nice..
Mama masak guna Noxxa ye supaya kambing tak yah nak gigit sampai nak tertanggal gigi.

Bahan utk masak kambing/ayam:
Kambing 1 kilo/ ayam 1 ekor
Ketumbar biji 1 sudu
Bunga cengkih 1 sudu
Lada.hitam 1 sudu
Jintan manis 1 sudu
3 bunga cengkih
Halia sebesar ibu jari diketuk sikit je
1 ulas bwg putih tunbuk bagi pecah sikit
1 helai daun bay
1sudu arab mix spice
1 biji bawang besar belah 4
Saffron
Minyak zaitun. Tak nak letak tak pe.

Masukkan kesemua bahan di atas dlm noxxa dan masukkan air sedikit. Cukup cover kambing je. Masak dgn HP 45 min.
Dah masak...keluarkan dan tapis. Air kambing simpan untuk masak nasi...
Mama buat setakat ini je. Actual resepi continue dgn lumur kambing dgn minyak zaiton dan saffron dan bakar sekejap sampai golden.

BAHAN NASI:
1 Kilo beras basmathi - rendam 1 jam dgn garam kemudian tos
Cili hijau 3 batang - ikut suka
Bahan Tumis:
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
garam secukup rasa
Safron

Cara penyediaan nasi: Guna Noxxa
Panaskan minyak/ ghee dalam periuk noxxa. Letak fry ye.  masukkan cili hijau dan bahan tumis, gorengkan sebentar sehingga sedikit naik bau dan cili layu.
Masukkan beras kacau sekejap je. masukkan air kambing.  Letak HP 7 min. Tambah garam jika perlu.

Sukatan: 1 bekas beras: 1 1/2 bekas air

Nasi dah masak taburkan safron gaul sikit. Kambing boleh diletak atas nasi atau asing...suka hati.
Siap...mulakan dengan Bismillah

0 comments on "Nasi Mandy"

 

ANITAHABIB Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal