04 July 2015

Biskut Arab

Biskut Arab Susu, nyum nyum.

Mudah dan bahan bahan yg digunakan pun x banyak. Untuk lebih sedap guna minyak sapi QBB. Walaupun harganya mahal, tetapi berbaloi hasilnya. Salah satu biskut yang wajib ada di hari raya. Sesiapa yang tak berapa rajin nak buat, boleh order saja... biskut dah di depan mata.

Bahan-bahannya:
3 cawan tepung gandum 3/4 cawan gula aising 1/4 cawan susu tepung Everyday 1 cawan minyak sapi QBB (yg telah dicairkan) Tepung susu untuk salut

Cara-caranya:
Ayak bersama tepung gandum, gula aising, dan susu tepung. Gaul rata, masukkan minyak sapi sedikit sedikit dan uli adunan sehingga lembut Jangan terlebih minyak sapi kerana biskut akan jadi very crunchy. Memadai adunan boleh dikepal dan dibulat-bulatkan menjadi bebola kecil. Bakar selama 15 minit menggunakan suhu 150. (Bergantung kepada oven masing masing). Bila telah masak dan biskut masih suam, golekkan dalam susu tepung. Letakkan dalam.paper cup. Dah siap. Selamat mencuba.

0 comments on "Biskut Arab"

 

ANITAHABIB Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal